Penyokong KL, Selangor ‘berperang’ di luar stadium

0
1

AKSI ‘derby Lembah Klang’ antara KL City FC dan Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi, bukan sahaja panas di dalam padang, malah lebih hangat di luar.

Setelah keputusan berakhir seri 3-3, penyokong kedua-dua pasukan bagaikan ‘berperang’ di luar stadium.

Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, kedengaran bunyi letupan dipercayai mercun yang dibaling oleh sekumpulan penyokong.

Turut kelihatan dalam video tersebut sekurang-kurangnya dua individidu dipukul sekumpulan penyokong sebelum cuba dileraikan oleh seorang anggota polis.

kelihatan juga adegan kejar-mengejar membabitkan dua kumpulan penyokong.

Setakat tengah hari ini, pengurusan KL City serta Selangor FC mahupun pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here