LEGENDA bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengumumkan dirinya kini memeluk agama Islam.
Pengumuman itu dibuat menerusi Instagram miliknya semalam.
“Terima kasih yang istimewa kepada semua mesej yang baik-baik dalam meraikan saya menyertai keluarga Muslim.
“Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk menyertai semua saudara dan saudari (Muslim) di seluruh dunia, terutama sekali, Sophia saya yang cantik, yang mengajar saya lebih mendalam makna Islam,” katanya.
Beliau turut memaklumkan tidak akan mengubah namanya dan terus menggunakan nama diberi ibu bapanya.
“Saya tidak akan mengubah nama saya dan terus menggunakan nama yang diberikan ibu bapa saya ketika saya dilahirkan, Clarence Seedorf!”
“Saya menyampaikan semua rasa sayang saya kepada semua orang di seluruh dunia,” katanya.
Seedorf pernah bermain dengan banyak pasukan besar sepanjang karier hebatnya termasuklah Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan. – Malaysiapost

