DUN Sedili, Johor lama kubu kuat PN – Azmin

0
1

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali yakin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili dan Johor Lama di bawah Parlimen Kota Tinggi, akan menjadi kubu kuat Perikatan Nasional (PN).

Keyakinan itu disuarakan Ketua Penerangan PN itu susulan sambutan daripada penduduk setempat dalam ceramahnya di FELDA Bukit Easter malam tadi.

“Sambutan yang cukup gemuruh dari warga peneroka FELDA Bukit Easter buat Perikatan Nasional malam ini.

“Melihat dukungan yang luar biasa ini, saya yakin DUN Sedili dan DUN Johor Lama adalah kubu kuat Perikatan Nasional,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

DUN Sedili menyaksikan persaingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Ia melibatkan pertembungan calon PN, Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas dengan Tariq Ismail Mustafa (Pejuang); Mat Khairi Samsudin (PH) dan Muszaidi Makmor (BN).

DUN Johor Lama juga empat penjuru antara Omar Mokhtar A Manap (PKR); Mohamad Alias Rasman (PN); Norlizah Noh (BN) dan Mohd Shukor Ahmad (Pejuang).

DUN Johor Lama melibatkan enam kawasan Felda iaitu Felda Air Tawar 2, Felda Pasak, Felda Air Tawar 3, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur selain terdapat kampung tradisi dan taman perumahan bandar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, BN menang di DUN Sedili menerusi Rasman Ithnain daripada BN dengan majoriti 9,168 undi, manakala BN turut menang di Johor Lama menerusi Rosleli Jahari dengan majoriti 5,807 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here