Hujan berterusan dijangka landa 3 negeri

0
1

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiga negeri akan mengalami hujan berterusan sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Terengganu; Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 5 Mac 2022,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memberitahu bahawa amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Bagi amaran hujan berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam.

Manakala amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here