Ribut petir, hujan lebat melanda beberapa negeri

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di sembilan negeri iaitu Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

“Manakala WP Kuala Lumpur WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka; Johor;

“Selain itu, Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan), Sri Aman (Lubok Antu), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat sehingga 7 malam pada Khamis ,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here