Polis masih siasat Azam Baki – Hamzah

0
1
Datuk Seri Hamzah Zainudin

SIASATAN terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung dakwaan pemilikan saham masih diteruskan biarpun Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menutup siasatan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Pois Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung perkara itu berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 6 Januari lalu, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis.

“Setakat ini, siasatan masih berterusan. Sehubungan itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini supaya tidak mengganggu siasatan yang masih berlangsung,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berhubung siasatan terhadap Azam.

Azam dalam sidang media sebelum ini menafikan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat, termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, selain Azam tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here