Tanjung Surat bukan hub mengumpul surat lagi

0
1

Najamuddin Mohd Nor

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat bukan lagi kawasan terpencil yang jauh daripada arus pembangunan moden.

Kini, Tanjung Surat adalah kawasan paling pesat membangun dalam negeri Johor sejak Petronas mewujudkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), pada 2019.

Rakyat di DUN Tanjung Surat tidak ketinggalan daripada menerima tempias RAPID dengan pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan, dan kemudahan prasarana juga telah ditingkatkan.

Tanjung Surat

Mengimbau sejarah asal usul namanya, Tanjung Surat diberi nama kepada sebuah pulau kecil di muara Sungai Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar Temenggung Ibrahim.

Menurut penduduk tempatan yang dikenali sebagai Cikgu Amin, Tanjung Surat ini menjadi hub penting perhubungan Johor Bahru dan Kota Tinggi.

“Dulu segala surat dibawa dari Tanjung Puteri (Johor Bahru) untuk penduduk kawasan sini dikumpul di pulau itu. Lama kelamaan penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tanjung Surat. Di situlah bermulanya.

“Dulu tiada jalan darat yang dekat menghubungkan dari sini ke Johor Bahru, kena ikut jalan laut. Kalau nak ikut jalan darat juga kena melalui Kota Tinggi, memang sangat jauh memusing tu,” jelasnya kepada Malaysiapost, hari ini.

Pengakalan Jeti Sungai Musoh, Tanjung Surat

Kini, rakyat Tanjung Surat akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Melihat kepesatan dan arus pemodenan yang diterima rakyat tempatan, pastinya peluang cerah untuk Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi berkenaan.

BN mencalonkan Ketua Pemuda Umno Pengerang Aznan Tamin, 38, yang menghadapi saingan empat penjuru.

Untuk info, DUN Tanjung Surat memiliki 15 pusat daerah mengundi yang meliputi 25 kampung, 4 Felda, taman-taman perumahan dan sebuah pulau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here