‘Buat yang terbaik, Pak Long sayang semua’ – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.

Menerusi Facebooknya, Perdana Menteri berharap semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan masing-masing.

“Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia yang tersayang. Buat yang terbaik demi untuk masa depan kalian.

“Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan. Pak Long sayang semua, selamat berjaya,” tulisnya dalam hantaran itu.

Seramai 407,097 calon SPM menduduki peperiksaan itu bermula hari ini hingga 29 Mac ini di 3,382 pusat peperiksaan seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here