Ka Siong cabar Guan Eng berdebat sekali lagi isu SJKC Kuek Ho Yao

0
1

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat selepas didakwa tidak memberi sumbangan sebanyak Setiausaha Agung DAP itu dalam pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuek Ho Yao.

Beliau berkata, pendiriannya jelas mengenai apa yang diperkatakan berkenaan bekas Timbalan Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan (PH), Teo Nie Ching termasuk kacau bilau yang dicetuskan semasa PH berkuasa.

“Saya sememangnya sudah bersedia dan tidak sedikit pun rasa gentar untuk berdebat berhubung isu ini. Saya lagi suka, supaya masyarakat Cina dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Lim Guan Eng sekadar mempergunakan nama Teo Nie Ching yang hanya pandai mengambil kredit daripada usaha orang lain.

“Simpanlah sindiran anda itu. Apa kata guna cara lebih profesional dengan berdebat mengenai pembinaan SJKC Kuek Ho Yao ini? Lagipun, kita berdua adalah ketua parti, jadi tidak berbangkit lagi isu ‘berbeza taraf’,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, sekarang beliau layak untuk berdebat dengan Guan Eng kerana sebelum ini tawarannya untuk berdebat kerana ‘tidak setaraf’.

“Tahun 2018 dia (Guan Eng) tolak debat dengan saya isu skandal terowong dasar laut. Katanya sebab saya bukan ketua parti, tak setaraf dia ketua parti DAP.

“Jadi hari ini, saya secara rasminya mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai SJKC Kuek Ho Yao. Jika dia tidak dapat membuktikan dakwaannya terhadap saya dengan bukti kukuh, dan saya dapat menyangkal dakwaan serta fitnahnya, maka beliau perlu letak jawatan sebagai wakil rakyat, seterusnya bersara dari politik demi kebaikan masyarakat,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata, tidak kisah sekiranya Guan Eng mahu melantik Nie Ching sebagai penyelaras debat terbabit, kerana telah dilakukan sebelum ini ketika sesi debat isu kabotaj.

Katanya, beliau mencadangkan debat tersebut dilakukan pada 5 atau 6 Mac ini di Dewan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru.

Katanya, ini kerana memandangkan Guan Eng akan berundur secara rasmi pada 20 Mac, jadi lebih baik debat diadakan secepat mungkin.

“Takut nanti tidak berpeluang lagi untuk berdebat dengannya.

“Guan Eng, kalau kamu anak jantan, saya cabar kamu untuk berdebat sekali lagi. Saya akan membongkarkan fitnah kamu terhadap saya dengan bukti kukuh. Jangan lari tahu!,” katanya lagi – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here