Enakmen anti lompat parti perkara pertama dilakukan kerajaan BN Johor

0
2

ENAKMEN Anti Lompat Parti akan menjadi agenda pertama dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata pengubalan enakmen itu merupakan satu reformasi politik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan BN.

“Dalam Ikhtiar Reformasi Politik, kita jelas akan memperkenalkan enakmen anti lompat parti.

“Ini adalah agenda pertama kita akan lakukan sebaik sahaja kita ambil alih kerajaan dan menerima mandat daripada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan lima teras utama manifesto BN bagi PRN Johor, hari ini.

Hasni berkata, bagi mengekalkan kestabilan politik Johor, kerajaan BN yang akan ditubuhkan juga akan meneruskan pemberian peruntukan tahunan bernilai RM200,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

“Usaha ini untuk memastikan keberkesanan khidmat wakil rakyat yang mana kita tidak mahu ada rakyat yang terkesan kerana kawasan mereka adalah pembangkang.

“Pemberian peruntukan ini juga dilihat akan membantu dalam proses semak dan imbang kerajaan yang lebih kukuh,” katanya.

“Kalau 100,000 rakyat adalah mustahil untuk satu ADUN, jadi jika menjadi kerajaan kita akan cadangkan untuk membuat semula persempadanan.

“Ini juga adalah bagi memastikan peruntukan diberikan kerajaan mampu menampung sepenuhnya jumlah rakyat di kawasan mereka dengan adil,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here