23,100 kes baharu Covid-19

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES baharu harian Covid-19 yang dilaporkan semalam menunjukan penurunan dengan mencatatkan sebanyak 23,100 kes menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 3,442,736 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Jumlah kematian baharu akibat Covid-19 pula meningkat dengan merekodkan sebanyak 75 kes termasuk 20 kes yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan kini adalah 32,749 kes (6,710 BID).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu yang dilaporkan kes import adalah 298 kes membabitkan 262 warganegara dan 36 bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula adalah 22,802 kes membabitkan 22,150 warganegara dan 948 bukan warganegara.

“Daripada 23,100 kes harian yang dilaporkan semalam,186 kes (0.81 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
22,914 kes (99.19 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 membabitkan 8,304 kes; Kategori 2, sebanyak 14,610 kes; Kategori 3, pula 96 kes; Kategori 4, sebanyak 39 kes; dan Kategori 5, adalah 51 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, daripada 186 kes Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 39 kes daripadanya tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 84 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 63 kes telah menerima dos penggalak; 82 kes berumur 60 tahun dan ke atas; 84 kes mempunyai komorbid dan;
dua kes membabitkan ibu mengandung,” katanya.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 361 kes membabitkan 133 kes disahkan Covid-19; manakala 228 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 193 kes (76 kes disahkan Covid-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah 30,624 kes menjadikan 3,116,564 kes kumulatif di mana kes sembuh melebihi kes baharu.

“Tiga kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhan 6,782 kluster setakat ini dengan 6,302 kluster telah tamat, manakala 480 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here