SugarBomb taja Selangor FC

0
1

SELEPAS lima tahun bertapak, jenama wangian terkenal SugarBomb mengorak satu tapak ke hadapan lagi dengan menjadi penaja pasukan Selangor FC.

Logo jenama milik 100 peratus syarikat bumiputera SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu akan dipamerkan di belakang jersi skuad Gergasi Merah musim ini.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali sebagai Boss A, berkata kerjasama strategik bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga pemilik Selangor FC merangkap sudah terjalin sejak 2020 lagi.

“Sejak itu, SugarBomb menjadi rakan pewangi rasmi bagi pasukan Selangor FC. Tahun pertama saja kami mengeluarkan produk kolaborasi bersama yang menampilkan tiga wangian penyegar udara berilhamkan jersi pasukan bola sepak itu.

“Kali ini, jalinan kerjasama itu berterusan untuk tahun ketiga,” katanya.

Beliau berkata, selain itu Tengku Amir yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) turut berkenan merasmikan kilang SugarBomb di Meru, Klang pada 17 Februari lalu.

Terdahulu sebelum perasmian, Raja Muda Selangor turut berangkat ke ibu pejabat jenama itu di Bandar Bukit Raja, Klang sekali gus menandatangani jersi dan juga penyerahan replika cek bernilai RM1.5 Juta.

Ahmad Azhari berharap hubungan yang terjalin dengan Selangor FC dapat terus dikekalkan demi kemajuan bersama.

Sementara itu, bercakap mengenai SugarBomb, beliau memaklumkan jenama itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran Dr Zamir Othman bersama pasukan kerjanya yang memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.

“Nama jenama wangian itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang dan pasukan R&D serta mempunyai mesin bancuhan minyak wangi sendiri yang mampu menghasilkan sehingga 3 juta botol wangian pelbagai rangkaian setiap bulan.

“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Dr Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.

“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan banyak produk wangian yang berkualiti,” katanya.

Beliau turut maklumkan  jenama tersebut sehingga kini sudah mempunyai lebih 5,000 pengedar iaitu agen dan stokis aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Kami menjual produk wangian serendah RM10 hingga RM59. Kami mengalu alukan ramai lagi untuk sama sama menjana pendapatan dan terus Berjaya bersama SugarBomb. Hubungi 018-9003435 untuk maklumat lanjut.

“Tahun ini kami yakin dan optimis untuk mencapai jualan RM70 juta dan kami mahu terus bergerak untuk menjadi syarikat dan jenama kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here