Pengundi Johor tak suka lihat ahli politik berkelahi – Hassan

0
2

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpendapat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menumpukan kepada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada melayan kritikan parti lawan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor, berkata pengundi di Johor mahu mendengar apa usaha pemimpin untuk membantu rakyat, bukannya pertelagahan ahli politik.

Menurutnya, terbaru Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dikritik oleh Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membangkingkan Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal memimpin PH.

“Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir dikatakan berjaya. Apakah Anwar atau PKR perlu menjawab dan menyerang balas komen Mukhriz itu?

”Saya fikir tak payahlah. Tak perlu. Pengundi di Johor tak suka lihat Ahli-Ahli politik berkelahi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengundi di Johor mahu mendengar apa yang orang-orang politik akan buat untuk bantu rakyat yang tengah susah sekarang.

“Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada menyerang pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Anwar dan PKR khususnya elok tumpukan kempen kepada isu-isu rakyat seperti penyelesaian kos sara hidup yang semakin tinggi. Itu lebih bererti kepada pengundi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here