Hampir 16,000 mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dipindahkan

0
1

JUMLAH mangsa banjir di Pantai Timur kini membabitkan 15,976 penduduk daripada 5,555 keluarga yang dipindahkan ke 221 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu setakat pagi ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara di portalbencana.nadma.gov setakat jam 4 pagi tadi, melaporkan peningkatan mangsa yang dipindahkan berbanding jam 12 tengah malam tadi.

Terengganu paling teruk terjejas dengan lapan daerah dilanda banjir membabitkan 10,585 mangsa daripada 3,035 keluarga dipindahkan ke 155 PPS.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 8,169 mangsa daripada 2,331 keluarga yang dipindahkan di 134 PPS tengah malam tadi.

Manakala Kelantan turut mencatatkan peningkatan membabitkan 7,807 mangsa daripada tujuh daerah yang dipindahkan di 66 PPS setakat ini.

Keadaan itu menyaksikan peningkatan 7,739 mangsa daripada 2,497 keluarga yang dipindahkan di 66 PPS jam 12 tengah malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here