Calon PKR DUN Bukit Batu positif Covid-19

0
1

CALON PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Arthur Chiong Sen Sern mengesahkan dirinya positif Covid-19.

“Dengan berat hati, saya telah disahkan positif Covid-19 setelah menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK).

“Memang menjadi amalan saya untuk lakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diaturkan,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Bagaimanapun katanya, pasukan kempen beliau akan meneruskan kesemua aktiviti yang telah dirancang.

Pada masa sama beliau akan meneruskan aktiviti kempen secara dalam talian dan digital termasuk melalui WhatsApp, Facebook dan saluran media sosial lain.

“Mohon jika ada yang bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari yang lepas supaya turut menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19.

“Saya akan menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sama-sama lah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberi kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini,” katanya sambil memohon maaf atas segala kesulitan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here