Akaun palsu : ‘Saya memang senyap, tapi jangan sampai saya ambil tindakan’ – Abang Viva

0
1

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, tidak mahu mengambil pusing berkenaan kewujudan akaun palsu di media sosial menggunakan gambar dan identitinya.

Bagaimanapun, pemuda tular kelahiran Melaka itu memberi peringatan kepada pelaku agar segera memadam akaun palsu tersebut jika tidak mahu diambil tindakan lanjut.

“Berkenaan akaun palsu tu biar dulu. Biar dia naik lemak dulu. Cuma pesan dekat dia, jika dia adalam dalam live ni.. jangan saya ambil tindakan.

“Baik padam (akaun). Saya memang senyap tapi jangan sampai saya ambil tindakan,” katanya dalam siaran langsung di Facebook, petang tadi.

Semalam, tular di media sosial berkenaan akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai Abang Viva meminta wang sumbangan kononnya bagi misi bantuan banjir di Terengganu.

Semakan mendapati akaun itu menggunakan nama dan gambar seperti akaun sebenar, namun ejaan nama Azwan berbeza.

Bagaimanapun, ia dipercayai sudah ditutup apabila netizen menyedari ia akaun palsu dan meminta orang ramai berhati-hati.

Sementara itu, Azwan dalam siaran langsung di Facebook memaklumkan dia dan rakan-rakannya kini berada di Terengganu bagi membantu mangsa banjir.

Sedikit kelainan dalam misi bantuan banjir kali ini adalah Azwan dilihat memandu pacuan empat roda Mitsubitshi Triton, hadiah daripada usahawan kosmetik, Sha Hassan.

Hari ini, Terengganu menyaksikan jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 13,971 orang.

Setakat jam 4 petang tadi, kesemua mangsa terdiri daripada 3,875 keluarga ditempatkan di 160 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here