Tiada perubahan senarai calon BN saat akhir – Hasni

0
1

TIADA pertukaran senarai nama calon Barisan Nasional (BN) pada saat akhir, menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pagi nanti. 

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohamad yang berkata, senarai 56 calon BN yang bertanding adalah muktamad dan sama seperti yang diumumkannya pada Khamis lalu. 

“Tak ada perubahan, kita besok akan ke pusat-pusat penamaan calon, watikah-watikah pun semua telah diselesaikan dan diserahkan. 

“Semua 56 calon BN Insyallah akan sampai ke pusat penamaan calon esok. Tak ada perubahan dan sama seperti yang diumumkan saya pada penamaan calon hari tu,” katanya kepada Malaysiapost, malam tadi.

Hasni yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut ditemui ketika mengadakan program Rapat18 bersama anak-anak muda di Kempas. 

Pengesahan Hasni itu melenyapkan spekulasi yang tersebar berkenaan perubahan senarai nama calon BN belum muktamad dan mungkin akan berubah susulan MCA masih belum mengumumkan nama calon ahlinya pada kerusi DUN yang bakal ditandingi. 

BN bakal mempertaruhkan komposisi 40 untuk Umno, 15 untuk MCA dan 1 untuk MIC pada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here