DAP kutuk Rusia

0
1

DAP mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan terhadap Ukraine oleh tentera Rusia di bawah arahan Presiden Vladimir Putin.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan peperangan tidak boleh menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan yang tidak terkira.

“Pencerobohan Putin mengancam kestabilan ekonomi dan kelancaran rantaian bekalan global pada ketika banyak negara, termasuk Malaysia, yang baru bangkit daripada kejatuhan ekonomi akibat Covid-19.

“Kami menuntut Wisma Putra untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan Rusia pada masa ini dan mempunyai pelan evakuasi yang berkesan jika diperlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut berpendapat Amerika Syarikat (AS) harus mengurangkan sebarang retorik tetapi secara agresif berusaha ke arah penyelesaian aman yang melindungi kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan rasa dukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine dan berjanji memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan Keluarga Malaysia di negara berkenaan.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini sedang berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk rakyat Malaysia sebelum dapat dibawa pulang ke tanah air.

Beliau berkata, terdapat 23 warga Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih berada di sana dan proses evakuasi untuk mereka s

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here