VETERAN Umno Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman tidak berperikemanusiaan kerajaan BJP India yang diketuai penjenayah Hindu Modi.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata perbuatan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Islam India di Karnataka adakah bersifat ‘ethnic cleansing’ seperti berlaku di Bosnia dan Myanmar.
Menurutnya, Veteran Umno amat mengalu-ngalu keputusan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang telah membuat desakan supaya India/BJP/Modi segera hentikan kezaliman itu dan bercadang akan memanggil mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Veteran mendesak GCC yang banyak memberi kemudahan kepada India seperti peluang pekerjaan kepada ratusan Hindu rakyat India supaya menghantar pulang pekerja itu ke India. GCC juga patut memberhentikan penjualan minyaknya kepada India.
“Veteran Umno juga menggesa Wisma Putra mengeluarkan satu kenyataan tegas membantah dan mengutuk tindakan ganas BJP/Modi terhadap orang Islam di India dan memanggil Pesuruhjaya Tingginya di Malaysia untuk mendapatkan penjelasan.
“Veteran Umno juga mahu supaya hubungan baik antara Umno dengan BJP dikaji semula kerana UMNO tiada sebab untuk berkawan dengan parti pembunuh seperti BJP,” katanya menerusi kenyataan.

