RUU Akta Sewaan Kediaman ambil kira keadilan semua pihak – Reezal Merican

0
1

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman tidak akan dibawa secara tergesa-gesa untuk dibentangkan di Parlimen.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia tidak akan dibentangkan selagi tidak melalui proses rundingan dan libat urus yang efektif.

Beliau berkata, tindakan itu demi kepentingan dan keadilan bagi semua pihak sekaligus kunci utama dalam penggubalan RUU berkenaan.

“Saya telah meneliti pandangan pelbagai pihak terhadap RUU Akta Sewaan Kediaman yang sedang di peringkat mendapatkan pandangan umum.

“RUU ini pada falsafahnya bertujuan memberi keadilan kepada pemilik dan penyewa kediaman sepanjang tempoh sewaan,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau bagaimanapun sedar terdapat beberapa komponen di dalam cadangan RUU itu yang menjadi perhatian umum.

“Malah, saya juga berasa tidak senang, malah tidak bersetuju dengan beberapa cadangan awal yang dikemukakan di dalam RUU ini,” katanya.

Sehubungan itu, Reezal berkata, beliau sendiri mengambil inisiatif untuk mendengar pandangan pelbagai pihak seperti Persatuan Pembeli Rumah (HBA) baru-baru ini dalam memastikan ia benar-benar menyeluruh.

“Justeru, teruskan memberi pandangan dan kita sama-sama mahu RUU ini memberi refleksi keadilan dan menjaga kepentingan semua pihak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here