Peguam Negara juga tak terlepas dari tindakan undang-undang

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan jika benar bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerima rasuah ketika mengendali kes anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan tiada siapa boleh terlepas jika bersalah.

“Saya percaya kepada ‘rule of law’, peraturan kata tak ada orang patut dikecualikan sama ada dia peguam negara, hakim besar, dia pemimpin anti rasuah semua sama saja.

“Dari segi undang-undang sama saja, jika ada kes jalankan siasatan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang dikaitkan terhadap Tommy.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Dr Mahathir mengulas mengenai kes anak taikun yang disyaki menanam berpuluh pokok ganja digugurkan ataupun dikurangkan tuduhan.

Pada 19 Febuari lalu, Tommy menafikan beliau menutup kes pertuduhan dadah melibatkan anak seorang ahli perniagaan terkenal sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan, Tommy menjelaskan beliau hanya mengurangkan dakwaan dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis agar dipertimbang semula keputusan pertuduhan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here