Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia

0
1

BALU bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82, meninggal dunia, di sebuah hospital swasta di Ipoh, pada jam 3 petang tadi.

Anaknya, Datuk Ahmad Wafi berkata, ibunya meninggal dunia semasa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat demam.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh pagi esok,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Tokoh agama, Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei tahun lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here