KPLB anjur Hari Bertemu Pelanggan

0
1
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi (Secara
Dalam Talian) pada 24 Februari ini, bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Menerusi kenyataan hari ini, KPLB memaklumkan Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi itu dilaksanakan secara dalam talian bagi membudayakan norma baharu.

Selain itu, katanya, ia mempermudahkan urusan orang ramai untuk berhubung dengan pihak kementerian dan agensi.

Antara agensi KPLB yang akan terlibat secara langsung adalah MARA, RISDA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan FELCRA Berhad.

Selain itu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Orang ramai boleh layari laman sesawang epelanggan KPLB di https://epelanggan.rurallink.gov.my untuk berinteraksi bersama kementerian tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here