SPRM kesan dua lelaki bantu siasatan kes

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu pertama, Khor Jun Han atau Kevin, 32, beralamat terakhir di No 15, Jalan 74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 63300 Kuala Lumpur.          

Sementara itu, individu kedua, Muhammad Nizamuddin Mohc Iskandar, 20, beralamat terakhir di No 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor. 

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Nuri Muda di talian 017-204 7355 atau 03-5525 6500. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here