Rakyat mahu lihat tawaran dasar, bukan fatwa politik

0
1

PEMIMPIN politik diingatkan tidak mempergunakan modal agama untuk kempen politik kononnya dapat pahala atau dosa apabila sokong satu-satu parti.

Apa lagi menggunakan pula nama Allah kononnya laknat parti itu dan ini, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Rakyat sudah matang dan mahu melihat tawaran dasar dan polisi bukan fatwa politik untuk sokong sesebuah parti.

“Ada benarnya kata pensyarah Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith, “Daripada menunggang agama, lebih baik menunggang vellfire”,” tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Majlis Pelancaran PN Negeri Johor di Padang Awam, Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, baru-baru ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata meninggalkan Umno dan menyertai PN adalah harus dan mungkin boleh jadi hukumnya sunat serta dapat pahala.

Ini kerana katanya hijrah meninggalkan yang mungkar dan menyertai mereka yang menegakkan kebenaran adalah satu ibadah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here