Pengeluaran RM10,000 KWSP: PN dapat kredit pun tak apa – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sinis mendakwa tidak kisah sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi penghargaan jika pengeluaran RM10,000 i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir diluluskan kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, tidak mengapa jika Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dapat kredit asalkan tuntutan rakyat dipenuhi.

“Semoga dipermudahkan. Harap PN ugut tekan butang sekiranya masih tidak diizinkan kerajaan.

“PM8 (Muhyiddin) dan Wan Saiful dapat kredit pun takpe asalkan rakyat terjejas serta Umno dapat apa yang kami tuntut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Wan Saiful yang berjanji akan meminta Muhyiddin mengenegahkan isu tuntutan pengeluaran KWSP itu.

Menurut Najib, tuntutan rakyat itu adalah wajar dan sangat diperlukan oleh mereka yang terjejas,

“Yang tidak terjejas dan tidak memerlukan, mereka tidak mohon pengeluaran,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here