Najib cabar PN desak pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir

0
1

KEPIMPINAN Perikatan Nasional (PN) dicabar mengeluarkan kenyataan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 untuk kali terakhir.

Cabaran itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggesa PN berusaha memenuhi tuntutan rakyat itu dan bukan hanya sekadar sokongan sahaja berhubung pengeluaran itu.

“Ketua Pemuda PN/PAS (Ahmad Fadhli Shaari). Kami masih tunggu kenyataan dari Presiden PPBM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) untuk desak PM9 dan Menteri Kewangan luluskan pengeluaran KWSP i-Citra kali terakhir supaya menteri-menteri PN tidak lagi bantah dalam mesyuarat kabinet.

“Jangan cakap kamu bersetuju dengan semberono saja tanpa apa-apa usaha bagi memujuk menteri-menteri dan boss-boss kamu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) turut membangkitkan mengenai tiada seorang menteri PN berani menyangkal bahawa mereka membantah pengeluaran KWSP dalam kabinet.

Ahmad Fadhli baru-baru ini dalam satu kenyataannya menyatakan bersetuju jika kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP RM10,000 untuk pencarum yang terjejas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here