Muhyiddin rasuah ahli parlimen Umno dengan jawatan – Mohd Razlan

0
1
Datuk Razlan Rafii

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghasut pemimpin Umno tinggalkan parti itu untuk menguatkan Bersatu dan merasuah dengan jawatan.

“Dia (Muhyiddin) buat apa sahaja untuk menghalalkan jawatan Perdana Menteri untuk dia.

“Saya pun tak tahu, berapa tebal kulit muka dia apabila semua rakyat sudah tahu rasuah politik yang dia sudah lakukan.

“Ahli Parlimen yang lompat, semua dia tolong sehingga tiada kes di siasat dan didakwa,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Razlan berkata, Umno adalah parti berprinsip dan tetap dengan pendirian tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Umno berprinsip, apabila tidak sehaluan dengan Muhyddin, kami tarik sokongan, parti buat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan tarik sokongan kepada Perdana Menteri Bersatu.

“Apa yang buat Muhyddin tunggu lagi sekira tidak bersetuju dengan Parti UMNO lagi?,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada Jun tahun lalu Muhyiddin ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri memberi keyakinan PRU-15 akan diadakan sekiranya imuniti kelompok sudah mencapai 80 peratus.

Namun, katanya Muhyiddin tetap tidak mahu menarik sokongan meskipun kadar vaksinasi rakyat Malaysia sudah melebihi peratusan tersebut dan suntikan dos penggalak sedang giat dilakukan.

“Bersatu takut kalah, mereka tahu ada banyak kes-kes yang di sorok bawah tikar akan dibongkarkan, kes-kes rasuah Ahli Parlimen yang melompat akan dibongkarkan, ada projek Janawibawa yang diberi kepada kroni Bersatu akan terbongkar, projek BistariNet akan terbongkar dan banyak lagi.

“Penjawat-penjawat awam yang dipaksa menekan pemimpin Umno akan bongkar semua cerita kezaliman Bersatu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat akan dibuka mata melihat sendiri sikap jahat dan keji pemimpin Bersatu ketika bergelar menteri.

“Tunggu sahaja masanya apabila institusi penguatkuasaan negara diletakan semula ke tempatnya tanpa ada campur tangan politik. Nescaya semua kerakusan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) akan terbongkar.

“Apa lagi yang Muhyddin dan rakan-rakan Bersatu nantikan, tidak seorang pun yang berani meletakkan jawatan, mereka semua gilakan jawatan dan akan tunggu sehingga saat akhir penggal. Tiada prinsip!,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here