Muhyiddin jadi PM hutang negara cecah RM1 trilion – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara menghadapi masalah kewangan lebih besar daripada yang dimaklumkan adalah melucukan.

Menurutnya, Muhyiddin sendiri pernah turun ke jalan raya berkempen bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Tambah beliau, Presiden Bersatu itu juga berada dalam kerajaan PH yang banyak menjual aset negara dan memberi pulangan lumayan setiap tahun serta menjarah rizab Petronas sebanyak RM176 bilion yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dia juga dalam kerajaan PH dan dia juga PM kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang naikkan hutang negara dari RM687 bilion pada tahun 2017 sebelum Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) ke RM1.03 trilion hari ini.

“Dia juga yang mengaku belanja RM600 bilion semasa dia PM sehingga negara tak ada banyak wang lagi.

“Dia lah yang melaksanakan darurat serta PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia sehingga ekonomi negara jahanam dan sehingga ramai Rakyat bunuh diri atau rata-rata angkat bendera putih,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Najib berkata, nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin terkawal dibawah kerajaan BN sebelum ini dan dalam trend menurun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, nisbah KDNK menurun ke 48.7 peratus pada akhir suku pertama tahun 2018.

“Lalu terus naik bawah kerajaan PH selepas defisit negara yang telah turun bagi 8 tahun berturut-turut tiba-tiba u-turn untuk menaik secara ketara selepas PRU14,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri nisbah KDNK semakin naik sehingga hutang negara mencecah cecah RM1 trilion dengan nisbah hutang sebanyak 63 peratus.

“Tapi dia juga yang kononnya mahu ugut akan bocorkan keadaan sebenar kewangan kerajaan yang dia kata tidak semolek rupanya?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here