Disahkan positif Covid-19, Elvina mohon maaf

0
1

PELAKON Elvina Mohamad mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalankan ujian saringan semalam.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 27, memaklumkan berita tersebut menerusi hantaran di InstaStory miliknya dan dalam hantaran itu, beliau memohon maaf kepada semua individu yang menjadi kontak rapatnya.

“Assalamualaikum, dengan berat hati saya baru sahaja disahkan positif Covid-19. Akhirnya tewas juga selepas dua tahun mengelak.

“Minta maaf kepada semua pihak yang telah menjadi kontak rapat saya. Tolong lakukan ujian calitan secepat mungkin,” ujarnya.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga memuat naik gambar alat ujian pantas (RTK) antigen yang menunjukkan dua garisan iaitu positif.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air turut dijangkiti Covid-19 seperti Datuk Afdlin Shauki, Datuk Fizz Fairuz, Nabila Razali, dan penyampai radio Fizie Roslan.

Semalam, Malaysia mencatatkan 27,808 kes baharu harian Covid-19, menjadikan kes kumulatif sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 3,166,023 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here