BN akan bentang Undang-undang antilompat parti di DUN – Hasni

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=443547937336941&set=pcb.443548514003550

BARISAN Nasional (BN) akan menjadikan undang-undang antilompat parti sebagai agenda utama sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata BN akan memasukkan agenda itu dalam manifestonya pada PRN yang akan bermula dengan hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

“Saya bercadang untuk memasukkan undang-undang antilompat dalam manifesto pilihan raya negeri sebagai menyokong undang-undang antilompat apabila kita menjadi kerajaan semula.

“Ini akan menjadi agenda utama yang akan dibentangkan di DUN,” katanya seperti dilaporkan The Star, hari ini.

Hasni yang bakal sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar Johor sekiranya BN menang PRN ini dengan tegas menentang tindakan tidak bermaruah yang melompat parti.

Tegasnya, BN Johor tidak bercadang meletakkan mana-mana ‘katak politik’ sebagai calon pada PRN kali ini.

“Saya secara peribadi tidak akan menamakan katak sebagai calon dalam pilihan raya negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hasni berkata, Umno dan BN tidak ada kena mengena dengan tindakan dua bekas ADUN Bersatu yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada tindakan ADUN Johor, Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Mohd Izhar Ahmad (Larkin) yang baru-baru ini menyertai Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here