Umno, BN guna program kerajaan berkempen – Chegubard

0
1

PENGARAH Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin, menyelar tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan program kerajaan untuk berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, pihaknya juga kecewa kerana jentera dan sumber kerajaan diperkuda untuk tujuan politik parti itu.

“Menjadi kebiasaan bagi Umno dan BN gunakan nama program-program kerajaan dalam kempen pilihan raya.

“Ini kerana, tiba tiba pelbagai program timbul menjelang dan ketika PRN Johor kali ini. Selain dari itu (kita) kecewa jentera dan sumber kerajaan diperkuda untuk tujuan politik,” katanya menerusi Facebook.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’ berkata, pihaknya juga kecewa kerana Umno dan BN begitu ghairah berkempen sehingga tidak peduli soal kemasalahatan kehidupan rakyat.

“Contohnya Ibu bapa anak-anak MRSM sendiri melahirkan rasa kecewa secara terbuka kerana program saat akhir yang dianjurkan di MRSM Batu Pahat.

“Program itu bukan sahaja mengganggu tumpuan anak-anak berdepan SPM (belajar) malah turut merisikokan mereka dengan jangkitan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang didakwa membuat program berskala besar di kawasan itu termasuk mengerahkan orang ramai untuk hadir.

“Ibu bapa dilarang ziarah anak, maka anak dan ibu bapa bekorban demi elak risiko jangkitan jika ramai ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

“Namun, malangnya Ahli Parlimen Parit Sulong buat program berskala besar dan hantar surat ke ketua ketua kampung kerah orang datang ramai-ramai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here