USAHAWAN sensai, Liana Rosli atau dikenali sebagai kak KM dikecam netizen apabila berkongsikan video menyusukan anak bongsunya, Cinta Carissa secara umum tanpa menutup bahagian dadanya.
Menerusi rakaman video di Instagram miliknya itu, memaparkan anak pelakon veteren, Normah Damanhuri tersebut sedang menyusukan anaknya di sebuah restoran, malah di kawasan itu terdapat ramai pelanggan serta dua pasangan, berhampiran dirinya sedang menikmati makan malam.
Namun, beliau tidak mengenakan apa-apa kain atau ‘nursing cover’ untuk menutup bahagian dadanya ketika menyusukan bayinya.
Oleh kerana tindakan berani kak KM itu, rata-rata netizen meminta beliau bertaubat dan menyifatkan perilakunya itu memalukan.
Dak_anum berkata:” kenapa tak pakai nursing cover kak.. terbuka sangat ni.”
Rain_sazic_94 berkata:” semoga sempat bertaubat sebelum maut menjemput.”
Mysahomar pula berkata:” memalukan”.
Bagaimanapun, selepas meninjau kembali status Kak KM, dia dilihat bertindak menutup ruangan komen di instagramnya. – Malaysiapost

