Calon PKR DUN Larkin positif Covid-19

0
1

CALON PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain dilaporkan positif Covid-19.

Perkembangan itu disahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Akmal berkata susulan itu pihaknya terpaksa menagguhkan segala perancangan program yang telah diatur untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Memandangkan saya merupakan kontak rapat, saya akan terus melaksanakan kuarantin kendiri meskipun saya telah melakukan saringan dan disahkan negatif.

“Sama-sama kita doakan agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini.

“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru akan ditutup sehingga esok bagi tujuan sanitasi. Segala urusan pejabat dan #FoodbankJB ditangguhkan sementara waktu,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here