Telegram, WhatsApp Ahmad Zahid digodam

0
1

SERING berlaku akaun aplikasi atau laman sosial seseorang digodam termasuk meminta kenalan dalam akaun berkenaan memindahkan sejumlah wang kononnya pemilik akaun sebenar terdesak memerlukannya.

Kes berkenaan bukan sahaja dialami oleh rakyat biasa tetapi juga golongan lain termasuk ahli politik dan sebagainya.

Terkini, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengalaminya dan mendakwa akaun aplikasi Telegram dan WhatsApp miliknya digodam dan diambil alih pihak tidak dikenali.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.

“Saya dalam proses mendapatkan semula akaun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut memuatnaik tangkap layar mesej dihantar menggunakan akaun media sosialnya itu dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasatnya.

Berdasarkan tangkap layar dikongsinya itu, pihak yang menggodam meminta tolong untuk memasukkan wang sebanyak RM5,000 ke dalam akaun bank milik lelaki bernama Zainal Abidin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here