Jururawat nafi tak suntik vaksin anak KJ

0
1

JURURAWAT yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada anak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini menafikan tuduhan dirinya tidak menyuntik vaksin berkenaan kepada kanak-kanak itu.

Menerusi video berdurasi 4 minit yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, memaparkan penjelasan daripada jururawat tersebut.

“Saya lakukan prosedur sama seperti ibu bapa yang lain..saya ambil vaksin dan tunjukkan kepada ibu dan ayah.. Cara saya ‘screen out’ botol ‘vile’ itu dan saya tunjukkan volume yang saya ‘reach out’ yang akan diberikan kepada kanak-kanak.

“Saya akan tunjuk justeru ibu dan bapa mereka nampak dan setuju dengan dos tersebut yang mana Pfizer untuk kanak-kanak 0.2 ml, sebab kita deal dengan kanak-kanak jadi kita tahu anxiety mereka terhadap jarum tu macam mana.

“Maka saya kena interact dengan budak tu juga.. win-win situation.. maksudnya saya boleh cucuk dia dengan baik dan dia pun tak takut dengan saya,” katanya.

Beliau juga menafikan membuang vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit.

“Demi Allah saya tak ada langsung keluarkan apa-apa vaksin yang tidak masuk pada badan budak-budak itu.

“Bila saya pegang dia, kerana dia berdiri tepi saya jadi nak elakkan dia lari atau bergerak..tangan saya terpaksa pegang lengannya dan saya kena dekat dengan dia yang mana tangan sebelah kanan saya (pegang jarum suntikan) pula.

“Kalau saya tunjuk secara terus kepada dia akan nampak lebih jelas jarum itu dan dia akan takut,” katanya.

Tegas beliau, tuduhan yang dilontarkan kepadanya itu tidak benar dan mereka yang tidak berpuas hati boleh melihat semula rakaman video suntikan terbabit.

“Sekiranya mengikut logik, macam mana saya di sebelah sini yang awak boleh nampak picagari putih itu boleh jatuh? Maksudnya ubat vaksin nak dripping out, dia tak boleh drip unless you push it.

“Jadi dengan satu tangan saya tak boleh suntik.. yang semua dengan jelas nampak video itu tak ada siapa yang sentuh belakang itu.

“Saya memang tak ada buang apa-apa pun..yang kata angin ke apa memang tak ada. Apa yang saya tunjuk kepada ibu bapa itulah yang saya gunakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon orang pihak supaya berhenti melakukan tuduhan tidak berasas dan siasat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan dakwaan kerana ia melibatkan maruah dan kehidupan seseorang.

“Saya cuma harap satu benda tolong.. tolong dan tolong… Kalau awak tak tahu jangan buat anggapan, persepsi atau tuduhan kerana ini melibatkan kehidupan orang…Kalau benda ini jadi kepada awak semua pasti ada rasa sakit hati, geram.

“Saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin untuk memberikan keselesaan kepada semua kanak-kanak. Jadi, siasat dahulu sebelum menghukum orang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here