
MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan pihak yang tidak mahu anak mereka divaksin agar tidak mengganggu atau mempengaruhi ibu bapa lain termasuk dengan menyebar fitnah.
Beliau bagaimanapun bersyukur Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) terus mendapat sambutan dan pendaftaran semakin meningkat.
“Liputan dan pendaftaran PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak.
“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” tegasnya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Sementara itu berdasarkan infografik yang dikongsinya, jumlah pendaftaran bagi PICKids setakat semalam sudah hampir 900,000 pendaftaran iaitu sebanyak 892, 974 dengan 24,967 pendaftaran baharu direkodkan semalam. – Malaysiapost
