Umno hanya takut pada ‘katak’ – Mohd Puad

0
1

UMNO tidak takut pada Bersatu kerana mengetahui kekuatan parti berkenaan di Johor dan bilangan ahlinya yang tidak ramai, tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Menurutnya, Umno hanya takut pada individu seperti Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang suka jadi ‘katak’.

“Umno tidak takut pada PPBM (Bersatu). UMNO tahu berapa jumlah Cawangan dan ahli PPBM di Johor. Boleh dibilang dengan jari.

“Umno hanya takut pada individu macam Hamzah. Suka jadi katak, pengaruhi orang jadi katak dan pakar tikam belakang macam di Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, tidak mustahil Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi ‘mangsa’ Hamzah seterusnya.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu program di Bandar Baru Uda Johor minggu lalu yang mengatakan Umno perlu takut dengan sambutan rakyat Johor terhadap Bersatu.

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa. Jika Umno tak takut, saya tak tahulah,” kata Hamzah ketika berucap dalam majlis tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here