24 kematian baharu

0
1
grafik

SEBANYAK 24 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,149 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 11 daripada 24 kes kematian yang direkodkan adalah berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 12,774 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 155,866 individu atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 5,963 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 6,419 kes dirawat di hospital dan 199 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 115 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here