Gelaran Ketua Menteri Sarawak ditukar kepada Premier

0
1

JAWATAN Ketua Menteri Sarawak kini ditukar kepada ‘Premier’ selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan tersebut diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ia dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, lapor Bernama.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga apabila 67 ahli dewan menyokong manakala enam menentang.

Abdul Karim berkata, pindaan itu seiring pindaan Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa minggu lalu.

Semasa menjelaskan penggunaan ‘Premier’ bagi menggantikan ‘Ketua Menteri’ di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan Sarawak, beliau berkata ia sama seperti diamalkan oleh negara-negara Komanwel lain.

“Ketua Persekutuan digelar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah membentuk Persekutuan digelar Premier manakala subwilayah atau negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here