KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) diketuai Thomas Fann.
Dalam pertemuan itu Anwar berkata, PKR menyatakanm komitmen berhubung beberapa perkara yang menjadi keutamaan BERSIH antaranya reformasi institusi, termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Parlimen.
“Saya dan KEADILAN menyatakan komitmen tegas bagi memungkinkan reformasi institusi, termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Parlimen.
“Perbincangan turut menyentuh Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, prosedur operasi standard (SOP) dan kebebasan media menjelang Pilihan Raya Negeri Johor,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya. – Malaysiapost

