Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang

0
1

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diumumkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi DUN Layang-Layang.

Pengumuman itu dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pengumuman kedua calon parti itu di Regit, sebentar tadi.

“Di Johor saya tidak letak ahli Parlimen PKR tapi di sini saya beri satu pengecualian iaitu Maszlee Malik di DUN Layang-Layang.

“Kita nak tonjolkan pengalaman dia, jadi saya harap Maszlee, tokoh kita yang saya rasa dari semangat dan sumbangan dia sangat saya hargai.

“Untuk pengumuman lain saya akan bersama dengan Timur Johor Tengah bagi suspen sikit,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan ditempatkan di DUN Layang-Layang sebagai calon muka baharu PKR di kawasan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, PKR hanya mengumumkan nama Maszlee sahaja sebagai calon.

Selebihnya, Anwar berkata, ia akan diumumkan semasa pengumumkan calon PKR zon tengah pada malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here