
KES baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 21,315 kes hari ini, berbanding 21,072 kes semalam.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 3,061,550 kes, sejak wabak berkenaan melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 87 kes atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.
“Manakala 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurutnya, kategori 1 membabitkan 6,200 kes (29.09 peratus), kategori 2 sebanyak 15,028 kes (70.50 peratus) dan kategori 3 pula adalah 48 kes (0.23 peratus).
“Kategori 4 sebanyak 23 kes (0.11 peratus) dan kategori 5 sebanyak 16 kes atau 0.07 peratus,” katanya. – Malaysiapost
