Pengundi muda mahu politik baharu, bukan perbalahan sesama parti – Khairuddin

0
1

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa PAS dan Umno jika tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya maka kekalkan berlawan secara matang.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata, politik matang tanpa serang menyerang antara PAS dan Umno adalah yang dihasratkan oleh pengundi generasi baharu.

“Tidak perlu bergaduh meskipun berbeza. Itu mesej Budaya Politik Matang Sejahtera. Maksudnya jika PAS dan Umno tidak boleh lagi bersama dalam wadah pilihanraya dan akan berlawan dalam pilihanraya kekalkan berlawan dengan matang dan sejahtera tanpa serang menyerang.

“Hal ini kerana banyak lagi ruang kerjasama diperlukan pasca pilihanraya. Itulah politik baru yang dihasratkan oleh generasi baru apatah lagi anak muda 18 tahun,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berpendapat pengundi atas pagar juga sudah muak  dengan perbalahan sesama parti politik.

“Boleh amalkan apa yang berlaku dalam pilihanraya Melaka. Itu contoh terbaik. Itu sahaja maksud politik matang. Itu sahaja seruan saya kepada PAS dan Umno. Rasanya tidak sukar untuk difahami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here