
KES kematian akibat Covid-19 di Malaysia turun semalam kepada 15 kes berbanding 24 kes kelmarin.
Berdasar perincian dikeluarkan GitHub, lima kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini mencecah 32,114 kes.
Johor dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kelantan dan Terengganu (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka dan Sabah (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 140,336 kes aktif dilaporkan, termasuk 176 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 98 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost
