Aksi pemandu tayang gari dikecam netizen

0
1

TINDAKAN pemandu kereta Proton Persona yang menayangkan gari ketika melalui jalan raya menerima reaksi pelbagai pihak selepas video tersebut tular di media sosial, hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik laman Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia, kejadian tersebut dikatakan berlaku di lokasi Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur.

“Tular seorang pemandu kereta mengeluarkan sepasang gari. Sudah la melanggar kesalahan lalu lintas,” tulisan di ruangan kapsyen.

https://twitter.com/majoritionline/status/1492730787099471872?s=20&t=-vFzRLU8tClM9PNV4bMPHg

Rakaman berdurasi dua minit 21 saat tersebut memaparkan pemandu kenderaan berwarna perak itu membuka tingkap lalu memusing-musingkan gari beberapa kali.

Rata-rata netizen meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan kepada pemandu terbabit yang dikatakan sengaja beri ‘amaran’ menggunakan gari seolah-olah seperti anggota polis.

“Kalau penguatkuasa sila ambil tindakan. Perbuatan ini memburukkan imej pasukan,” kata Nick Shida.

“Pasti bukan anggota. Kalau anggota mereka tidak akan buat begitu. Sebab mereka sendiri tahu benda itu salah kalau sengaja tunjuk gari macam ni,” ujar Azi Ron.

“Kalau betul polis tak ada punyai perangai macam tu, silap-silap gari pun beli kat Shopee. PDRM segera ambil tindakan pada pemandu itu,” kata Hussaini Sen.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan identiti pemandu kenderaan terbabit sama ada orang awam atau pegawai penguatkuasaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here