Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

0
2

BEKAS menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuat kuasa semalam.

Pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus itu disahkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berikutan masalah disiplin, lapor Berita Harian.

“Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa PAS Pusat, maka PAS Pusat membatalkan pelantikan itu.

“(Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura.

“Beliau sekarang hanya ahli biasa dan pemecatan dibuat kerana masalah displin dan kita akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan itu,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di Marang hari ini.

Pemecatan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama dibuat hanya selepas tidak sampai sebulan beliau digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here