Ismail Sabri bawa semangat Keluarga Malaysia pada PRN Johor

0
1
https://www.facebook.com/photo?fbid=506961090778552&set=pcb.506961404111854

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bergantung kepada kekuatan jentera parti, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berharap semua jentera BN sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

“Paling penting ialah kita tidak berpecah. Dalam sesebuah perjuangan, elakkanlah perang saudara.

“Sentiasa bersatu hati kerana fokus kita adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu kemenangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu beliau turut berkongsi gambar pertemuannya dengan jentera BN Parlimen Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan Umno Muar, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri, berkata beliau membawa semangat Keluarga Malaysia pada PRN Johor dan ia bukanlah semangat baru, tetapi semangat BN yang hampir sama dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Ayuh kita bersama-sama dalam memastikan kemenangan BN demi rakyat dan semua bangsa yang kita cintai,” katanya.

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here