TIMBALAN Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim mendakwa ada pakatan sulit untuk membawa kepimpinan dan ahli Bersatu kembali menyertai Umno.
Beliau yang juga ahli Umno mendakwa perkara itu diketahui melalui perbincangannya bersama rakan dan pimpinan Bersatu semalam.
“Ekoran perbincangan diantara saya dengan kawan-kawan dari Bersatu, saya difahamkan bahawa wujud satu pakatan sulit di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden Umno) dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu).
“Iaitu untuk membawa Muhyiddin kembali ke Umno sebagai Presiden Umno. Semua ahli Bersatu akan diterima balik masuk Umno tanpa syarat. Adakah Ini Benar?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, komplot berkenaan seperti apa yang berlaku dengan parti Semangat 46 satu ketika dahulu.
Beliau bagaimanapun berharap, berita yang didengarnya itu adalah palsu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu.
“Namun saya masih berharap berita ini sengaja dimainkan oleh ‘kluster PPBM’ dan ianya diharap satu lagi berita palsu.
“Pelik juga ya…Kenapa baru-baru ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden Umno) berkata “Nak kembali kepada Umno boleh tetapi ada syaratnya – wajib melalui prosesnya”…Kenapa Dato Seri Zahid Tiba Tiba Berkata Sedemikian… Ini Sengaja
Pelik Juga Ya… Kenapa Baru Baru Ini Dato Seri Zahid Hamidi Berkata – ” Nak Kembali Kepada UMNO Boleh Tetapi Ada Syaratnya- Wajib Melalui Prosesnya “…Kenapa beliau berkata sedemikian,” katanya. – Malaysiapost

