20,939 kes baharu Covid-19, jumlah keseluruhan hampir 3 juta kes

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES baharu harian Covid-19 kini mencecah 20,000 kes seperti dijangkakan dengan jumlah yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 20,939 kes.

Jumlah itu juga merekodkan peningkatan kes mencecah lima angka selama enam hari berturut-turut sejak 6 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,996,361 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini; 118 kes (0.58 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; manakala 20,821 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kategori 1 adalah membabitkan 5,181 kes (24.74 peratus), kategori 2 sebanyak 15,640 kes (74.7 peratus), kategori 3 pula 95 kes (0.45 peratus), manakala kategori 4 sebanyak 13 kes (0.06 peratus) dan kategori 5 sebanyak 10 kes (0.05 peratus).

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here